Artikel Percuma Rakan IM

Forum Spamming
Apa itu forum spamming?

Forum spamming adalah membuka topik yang tidak ada kaitan dengan sesebuah forum yang disertai ataupun membalas topik tanpa ada kaitan dengan topik yang dibincangkan.

Biasanya spammer terdesak mempromosi laman jualan mereka. Tidak hanya kerana mempromosi servis atau produk anda, malah mempromosi blog anda di dalam topik yang tidak berkenaan juga dianggap sebagai forum spamming.

Ada juga sejenis forum spamming yang boleh dimaafkan. Bergantung kepada peraturan dan penguatkuasaan pengurusan forum. Forum spamming yang dimaafkan adalah balasan-balasan sampah kepada sesuatu topik.

Apa itu balasan-balasan sampah? Balasan-balasan ini terdiri daripada sembang-sembang kosong yang tidak memberi nilai tambah kepada topik yang dibincangkan. Spam jenis ini biasanya dimaafkan di dalam forum yang mementingkan kemeriahan forum mereka.

Ada juga spam yang sudah tidak lagi menjadi spam. Pada masa dahulu, membalas topik dengan hanya 5 perkataan ke bawah dianggap spam. Tetapi rasanya ia sudah tidak menjadi kesalahan. Tambahan ia adalah salah satu strategi yang digunakan di dalam forum jual beli. Biasanya pembuka topik akan mengakhiri promosi jualan mereka dengan ayat, “Sesiapa berminat sila balas Saya berminat, sila PM“. Maka dijangkakan ramai akan membalas Saya berminat, sila PM. Ini adalah strategi memastikan topik yang dibuka sentiasa hidup dan hot(berada di kedudukan teratas diantara banyak-banyak topik).

Tips mengelakkan menjadi forum spammer

Jika mahu mempromosi blog atau laman komersil, pastikan dibuat pada tempat yang bersesuaian.

Sentiasa membalas mengikut topik yang dibincangkan

Jika anda ketagih untuk sembang kosong, silakan, tetapi pastikan ada sedikit tambahan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini bagi mengelakkan balasan anda menjadi 100% sembang kosong.

Artikel di atas adalah berkenaan forum spamming. Hindarilah. Selain forum spammer, mereka-mereka yang dibenci di dalam sesebuah forum adalah

Thread hijacker

Flammer

Provocateur (oh, teringat abgX of WC)

Jika ada kesempatan, saya akan huraikan jenis-jenis penjenayah forum di atas.

Email Marketing - Masyarakat Perlu Di Didik
Ramai pengguna internet Malaysia masih tidak tahu apa itu email marketing. Tidak menjual diinternet tidak menjadi alasan untuk anda tidak tahu apa itu email marketing.

Kerana tentu sahaja anda tidak mahu dianggap buta IT, bukan?

Bagi usahawan internet pula, adalah menjadi satu kerugian sekiranya anda tidak mendidik masyarakat tentang apa itu email marketing.

Anda tentu sahaja tidak mahu email anda ditongsampahkan, bukan?

Jadi, tunggu apa lagi? Sebarkan artikel ini!

Baiklah, secara mudah, sekiranya anda mendapat email daripada seseorang yang anda tidak pasti anda kenal, sila jawab 2 soalan berikut

Adakah anda pernah melawat laman web beliau?

Adakah anda pernah meninggalkan email anda di laman web beliau?

Jika jawapannya tidak bagi mana-mana soalan di atas, bolehlah anda tandakan email tersebut sebagai spam.

Sekiranya jawapan anda adalah Ya, maka anda tidaklah perlu membalas email dengan memaki hamun penghantar email tersebut. Anda sendiri yang membenarkan beliau menghantar email kepada anda.

Kadang-kadang usahawan internet ‘merasuah’ anda dengan pemberian hadiah, atau potongan harga atau tips percuma atau seumpamanya semata-mata mahu mendapatkan email anda. Mereka tahu anda tidak semestinya membeli dari mereka. Tetapi, setiap usahawan sedia maklum, jika barang yang ingin dijual sememangnya dicari oleh anda, anda akan membeli dari mereka.

Bagi usahawan internet, menghantar promosi ke ratusan malah ribuan email prospek yang berfokus adalah suatu praktis yang terbaik.

Teorinya mudah, contohnya, jika anda sanggup memberikan nama dan email anda semata-mata mahukan tips memberi nama anak, anda tentu sahaja sanggup menerima email tentang penjagaan anak ataupun cara mendidik anak.

Sekiranya setelah menerima ‘rasuah’, anda tidak mahu lagi menerima email dari ‘pemberi rasuah’, janganlah pula anda berpura-pura tidak kenal. Atau berlaku kejam dengan menandakan email beliau sebagai spam.

Sebaiknya, anda boleh sahaja mengklik pada link di bahagian bawah email si penghantar email. Biasanya ada perkataan “unsubscribe” pada link tersebut yang membawa maksud, anda tidak lagi mahu menerima email dari mereka.

Oh ya, apa itu email marketing?

Email marketing adalah pemasaran melalui email. Anda akan mendapat promosi dari usahawan internet. Promosi melalui email ini tidak dikatakan spam kerana anda sebagai pengguna internet, dengan rela hati memberi nama dan email anda bagi tujuan tersebut. Sekiranya anda tidak menyukai email yang diterima, sila “unsubscribe” seperti yang saya nyatakan di atas.

Bonus Kepada Produk: Perlu Atau Tidak?
Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menulis sedikit pandangan saya mengenai bonus.

Bonus dalam maksud yang lain ialah hadiah atau pemberian percuma terhadap pembelian produk utama. Katakan anda menjual satu produk A, maka untuk menggalakkan orang membeli produk utama tersebut, maka anda menyediakan bonus (hadiah) tertentu.

Saya yakin, paling kurang anda pasti menemui sekurang-kurangnya sekali tawaran bonus di mana-mana laman web jualan, tak kisah ebook atau apa jenis produk pun.

Apakah Pro dan Kontra Bonus?

Walaupun bonus bagus untuk meningkatkan jualan, namun ada juga kontranya. Sepertimana kata Alang (yang saya nyatakan di artikel sebelum ini), beliau tidak meletak bonus kepada jualan ebook Rahsia Zango kerana tidak mahu pembeli kecewa atau ‘tidak bersuara’ semata-mata kerana telah ‘disuap’ dengan bonus. Saya setuju dengan pendapat Alang.

Jika dilihat secara asasnya, seolah-olah meletak bonus adalah semata-mata untuk menutup kekurangan produk utama. Pernyataan ini ada betulnya hanya apabila produk utama ada kekurangan. Jika produk bagus dan bonus pun bernilai, maka pembeli pasti berpuas hati berkali-kali ganda berbanding hanya mendapat produk utama sahaja.

Kontra meletak bonus hanya akan berlaku jika produk utama amat kurang nilainya berbanding bonus yang diberikan. Kesimpulan pertama di sini ialah, pastikan produk utama anda lebih bagus daripada bonus yang diberikan. Jika kurang yakin, jual sahaja dulu produk utama untuk mendapat maklum balas pembeli.

Manakala kelebihan dengan memberikan bonus ialah, sudah pasti jumlah jualan akan naik mencanak. Nisbah antara meletak bonus dengan tidak meletak bonus mungkin sedikit berbeza. Ini kerana lumrah manusia yang sukakan sesuatu secara percuma.

Tapi awas! Tak ada gunanya memberikan hadiah jika produk utama tak seperti yang digambar dan dijanjikan di laman web jualan. Jangan sesekali jejaskan ‘maruah’ produk utama akibat kerana ‘rasuah’ bonus.

Jika anda ingin memberi bonus kepada produk utama anda, ada beberapa tip yang boleh diamalkan:

1. Pastikan ia unik dan berkualiti. Jika bonus tersebut turut diberikan oleh pihak lain, maka kekuatan bonus itu mungkin menurun. Bagaimana inginkan bonus yang unik? Salah satu caranya ialah dengan menyediakan bonus yang dihasilkan sendiri.

2. Bonus yang berkaitan dengan produk. Ramai yang lakukan kesilapan besar dalam pemberian bonus. Contohnya mereka menjual produk berkaitan kesihatan, tapi bonusnya yang bernilai ribuan ringgit adalah berkaitan dengan Internet Marketing yang langsung tak berkait dengan kesihatan. Cara ini kurang berkesan. Sebaliknya, berikanlah bonus yang berkaitan dengan produk utama.

Contohnya, jika anda menjual produk menurunkan berat badan, mungkin anda boleh berikan bonus carta pemakanan seimbang dan juga contoh jadual pemakanan seharian. Bonus sebeginilah yang amat digalakkan kerana ia menambahkan lagi nilai dan kekuatan produk utama.

3. Bonus yang boleh digunakan. Jangan bagi bonus yang bernilai ribuan ringgit, tapi ia tak boleh digunakan sebaik mungkin. Berikan bonus yang bermanfaat dan bernilai kepada pembeli. Biar mereka puas hati. Jangan sekadar untuk mengaburkan mata mereka semata-mata.

4. Biar logik dan masuk akal di fikiran pembeli. Saya ingat lagi tip yang diberikan oleh Osman Affan dalam bukunya Menjual Perkhidmatan di Internet. Katanya, mungkin ada ’something wrong’ dengan produk yang berharga sekian, tapi diberikan bonus yang berpuluh kali ganda daripada harga produk utama.

Pelik tapi benar. Bayangkan, anda perlu bayar RM100 sahaja, tapi diberikan bonus bernilai RM2000. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Mungkin produk utama tak berkualiti sangat, atau mungkin bonus itu hanya indah khabar dari rupa. Jangan buatkan pembeli rasa ada sesuatu yang tak kena (ada kurang).

Jadi, kalau nak letak nilai bonus, biar berpada-pada. Jangan over dan ekstrem sangat. Seperti yang anda pernah lalui, ramai IM jika jual apa-apa produk dan kata akan bagi bonus bernilai ribuan ringgit, biasanya kita dah dapat agak apa bonus tersebut (terutama produk digital). Biasanya ia adalah himpunan ebook atau produk digital yang dah ketinggalan zaman, hype dan sudah tak boleh dipakai lagi.

Hakikat

Jika ada bakal pembeli bertanya “ada bonus tak kalau saya beli produk kamu ni?”, maka itu tandanya pembeli tu tak ada masalah kalau kita bagi hadiah kepada mereka. Bahkan sampai satu tahap, kalau kita tak bagi hadiah, mereka tak akan membeli produk kita.

Memanglah kita mahu menjual produk utama sahaja, tapi dalam masa yang sama, kita juga mahu menjual kepada mereka yang suka kepada bonus. Mereka ini adalah jenis yang tak kisah. Kalau ada kekurangan pada produk utama pun, mereka tak kisah. Janji mereka dapat bonus di samping produk utama.

Strategi

Saya ada beberapa cadangan strategi yang boleh digunakan untuk tingkatkan hasil jualan di laman web jualan:

1. Janjikan pemberian item percuma dari masa ke semasa. Jadi, mereka akan membeli produk utama dahulu. Pemberian percuma pula anda boleh bagi pada bila-bila masa untuk menambah-baikkan lagi hubungan anda dengan mereka. Tapi, jangan sekadar janji kosong. Kalau tak mampu, jangan buat cara ni.

2. Jadikan produk bonus sebagai back-end. Saya panggil cara ni sebagai teknik “reverse” iaitu di mana kita tak jadikan ia sebagai bonus terus dengan satu jualan. Sebaliknya, kita bagi pilihan kepada pembeli nak beli produk utama sahaja atau pakej back-end. Dengan cara ini, tak ada istilah bonus dah sebab kita dah buat dua pakej.

Saya amat sarankan cara kedua ini sebab seperti yang saya katakan sebelum ni, pembeli ni banyak jenis. Ada yang tak suka bonus dan ada yang suka. Jadi, buat dua pilihan pembelian (produk utama dan jualan back end).

Dengan menggunakan strategi back-end ini, anda akan buat keuntungan lebih jika ada yang membeli pakej back-end. Berbanding dengan hanya menjual produk utama sahaja, saya rasa lebih bagus jika buat dua pakej sebegini. Back-end ni bukan ‘janji manis’ seperti bonus, tapi ia adalah sebagai pilihan kepada pembeli.

Terserah kepada anda nak panggil cara ni sebagai back-end ke apa, asasnya ialah sediakan satu tawaran khas kepada pembeli selain produk utama.

Pelbagai Jenis Harga

Jika anda pernah perasan, ada Internet Marketer yang buat pelbagai jenis harga. Pakej A harga sekian, Pakej B harga sekian dan Pakej C harga sekian. Saya bagi contoh (cadangan) untuk produk Alang:

Pakej A (RM30.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support

Pakej B (RM65.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support + Konsultasi 1 jam di YM 1-to-1

Pakej C (RM135.00) : Ebook Rahsia Zango + Forum Support + Konsultasi 1 jam YM + Servis Website

Kesimpulan

1. Berikan bonus yang berkualiti, unik dan berguna kepada pembeli.

2. Jangan jadikan bonus semata-mata untuk mengumpan sahaja. Mengumpan dan betul-betul memberikan hadiah amat berbeza sekali. Hadiah seperti yang kita fahami adalah sesuatu yang boleh dihargai dan berharga. Jadi berikan sesuatu yang bernilai, bukan yang “sampah”.

3. “Convert” bonus kepada kaedah/strategi lain seperti back-end atau pelbagai pakej (harga). Maksimakan keuntungan jualan di laman web jualan dengan kaedah-kaedah sebegini. Kaedah ini bukan mengumpan, tapi kita sediakanpilihan kepada pembeli untuk memilih sesuatu yang mereka mahu. Berbeza dengan meletak bonus dengan satu harga, ia seolah-olah sogokan dan paksaan kerana tiada pilihan lagi untuk mereka.

Sekian.

Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan
Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan

Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?

Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?

Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?

Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang ?percuma? untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?

1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.

Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.

Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat ?skema?, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.

2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.

Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.

3. Blog di dalam emel?

Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak ?signature? blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.

4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.

Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.

Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.

Nilai Sebuah eMail Dalam Promosi Produk Affiliate
Nilai Sebuah eMail Dalam Promosi Produk Affiliate

oleh Zamri Nanyan

Pernahkah terfikir berapakah nilai sebuah email untuk promosi produk affiliate anda?

Jika anda tidak tahu, mungkin saya boleh berikan anda satu cara ringkas untuk mengetahuinya.

Jawapannya… ketahui berapa banyak orang klik ke laman web affiliate anda dan berapa banyak yang membuat pembelian.

Ya, ini merupakan salah satu alat mengukur kepada berapa banyak keuntungan yang anda boleh lakukan dengan 1 email.

Memang ada alat pengesan (tracking tools) yang lebih canggih untuk mengesan berapa banyak keuntungan yang anda boleh dapati bagi sesebuah kempen email untuk produk affiliate anda.

Namun, jika anda tidak mampu menggunakan alatan ini, gunakan kaedah yang mudah ini.

Sekiranya anda menghantar satu email, berapakah jumlah jualan dan keuntungan yang anda perolehi?

Sebagai contoh, kempen terbaru bagi Video Usahawan saya menghasilkan komisyen RM450 dengan cuma menghantar satu email.

Apabila memasuki bahagian affiliate dalam akaun video usahawan saya, saya dapat menganalisa sendiri jumlah trafik dan conversion bagi produk ini.

Contoh analisa yang boleh saya lakukan termasuk berapa banyak orang klik ke laman web affiliate, berapa banyak orang buat pesanan dan seterusnya berapa komisyen yang diperolehi.

Ini adalah satu cara mudah membuat analisa jualan produk affiliate yang tidak memerlukan anda menggunakan tracking tool yang complicated - kerana alatan ini sudah disediakan oleh mereka yang mengendalikan program affiliate ini.

Namun begitu, sesetengah program affiliate tidak mempunyai rekod trafik dan jualan yang lengkap. Jadi, anda mungkin ingin membandingkan berapa banyak klik ke link yang anda hantar kepada pembaca email anda dan berapa banyak jualan yang dihasilkan.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan servis percuma seperti yang diberikan di simurl.com, clickaudit.com dan sebagainya untuk membuat analisa trafik secara ringkas.

Daripada hasil analisa trafik dari klik ini, semak jualan yang dihasilkan.

Dari sini anda akan dapati sendiri conversion jualan daripada trafik yang anda hantar ke laman web affiliate anda.

Apabila anda mempunyai bajet pada kemudian hari, bolehlah anda melaburkan sedikit wang untuk membeli tracking tool untuk kempen email atau laman web anda. Dengan adanya alatan pengesan yang lebih canggih, anda boleh mengetahui lebih banyak informasi mengenai mereka yang klik ke laman web affiliate anda dan seterusnya menjadikan anda lebih memahami kemahuan dan kehendak pembaca email anda.